Thursday, December 22, 2011

Ya Allah ~

اللهم اقسم لنا من خشيتك ماتحول به بيننا وبين معاصيك
اللهم إنا نسألك التقى والهدى والعفاف والغنى.. أمين

Ya Allah atas setiap lintasan yang terlintas di hatiku..ampuni daku ~
Ya Allah ku titipkan hati ini kepadaMu..awasi ia dari terjatuh..
Ya Allah atas setiap perkara yang daku lakukan dan aku jauhi , jadikanlah ia kerana takutkan kemurkaanMu bukan kerana yang lainnya ~
walaupun suatu masa kelak yang halal akan aku dapatkan , jadikanlah cintaMu cinta terulung buat diriku..
atas setiap keraguan pada takdirMu..ampunilah daku Ya Rabb ~

Friday, March 18, 2011

Allah Swt sebaik pendamping

Hamba itu apabila dia mendekatkan diri pada Allah..
Maka dia akan berasa bahagia :)

Thursday, March 10, 2011

Gaddafi Claimed Attacks Were Acts Of Terrorism.. ?


Gaddafi says fighting terrorism,raps lack of help

Libyan leader Muammar Gaddafi said in a French newspaper interview released on Sunday that he was embroiled in a fight against terrorism and expressed dismay at the absence of support from abroad.

"I am surprised that nobody understands that this is a fight against terrorism," the longtime autocrat of the North African oil-producing state told the Journal du Dimanche in excerpts of an interview due to be published later on Sunday.

"Our security services cooperate. We have helped you a lot these past few years. So why is it that when we are in a fight against terrorism here in Libya no one helps us in return?"

Gaddafi, who has ruled Africa's fourth largest country since a 1969 coup, faces an unprecedented popular uprising that has seen rebel forces assert control over Libya's east and loosen his grip in the west near the capital Tripoli.

Western leaders have denounced what they say has been Gaddafi's brutal, bloody response to the uprising, and the International Criminal Court said he and his inner circle could be investigated for alleged crimes committed against civilians by his security forces.

Gaddafi, who spoke to journalists from his headquarters in Tripoli, said Islamic holy war would engulf the Mediterranean if the insurrection in Libya, inspired by successful pro-democracy uprisings in neighbouring Egypt and Tunisia, succeeded.

"There would be Islamic jihad in front of you, in the Mediterranean," he said. "Bin Laden's people would come to impose ransoms on land and sea. We will go back to the time of Red Beard, of pirates, of Ottomans imposing ransoms on boats."

Gaddafi added that his government was "doing well" despite the armed turmoil and warned Europe against an influx of Libyan migrants to its shores if his foes drove him from power.

(Reporting by Nicholas Vinocur; editing by Mark Heinrich)

Wednesday, March 9, 2011

Saat Laaf Sakinah

Nasyid yang menusuk kalbu..best =)

Saat Lafaz Sakinah

Far East


Heningnya...
Sunyi suasana...
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda

prechorus:

Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini pada mu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

chorus:
Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu

Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

Tuesday, March 8, 2011

Impian Saya..

Mereka datang sini tapi saya tak berkesempatan menghadiri seminar mereka ..=(
Artikel dipetik dari Berita Harian Singapura bertarikh 21 Februari 2011 . Alquran dan sains , Al-Quran membenarkan sains dan bukan sebaliknya .

P.S : Saya sedang berusaha ke arah ini =)
Amin !


Berdakwah menerusi sains

Oleh A. Rahman Basrun

LAZIMNYA, dakwah dan sains sukar dikaitkan. Namun, bagi Yayasan Harun Yahya yang berpangkalan di Turkey, ia perkara biasa.

Badan bukan pemerintah (NGO) yang ditubuhkan di Istanbul pada 1990 itu kini dianggotai sekitar 300 karyawan - termasuk saintis, jurutera dan doktor.

Misi mereka? Menyebarkan tentang ratusan keajaiban sains yang terdapat dalam Al-Quran - berdasarkan karya-karya akademik, Adnan Oktar (atau nama gelarannya, Harun Yahya), penulis Muslim terkenal sedunia.

Baru-baru ini, dua anggota yayasan itu - Dr Ahmet Oktar Babuna, 47 tahun, pembedah saraf; dan Dr Cihat Gundogdu, 42 tahun, doktor keluarga - diundang Persatuan Darul Arqam Singapura ke Singapura selama hampir seminggu untuk menyampaikan satu siri syarahan.

Turkey menjadi negara sekular sejak kejatuhan Dinasti Uthmaniyah pada 1923. Dengan 78 juta penduduk (majoriti Muslim), ia kini dianggap ekonomi sederhana yang berpotensi besar dan antara yang termaju dalam Dunia Muslim. Ia mempunyai jumlah saintis dan jurutera yang terbesar di kalangan negara majoriti Muslim.

Sejak diperintah oleh Parti Keadilan dan Pembangunan pimpinan Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan pada 2003, Turkey melalui pembangunan pesat, terutama dalam bidang sains dan teknologi.

Berikut sedutan perbualan saya dengan mereka:

S: Saya dapati kian menjadi trend bagi orang Islam sekarang memanfaatkan sains untuk membuktikan kesahihan Al-Quran. Misalnya, dalam soal 'Big Bang Theory' (Teori Ledakan Besar), yang mengatakan bahawa alam semesta ini tercipta daripada satu ledakan. Pakar-pakar Islam telah menukil ayat 81 dan 82 Surah Yasin dan ayat 30 Surah Al-Anbia sebagai menyokong dapatan itu.

Soalan saya, apa jadi jika teori sains yang kita sebagai Muslim sokong kini dengan aya-ayat Al-Quran terbukti silap kelak? Tidakkah ini akan memburukkan imej Al-Quran dan Islam?

Dr Ahmet: Mempercayai keajaiban saintifik Al-Quran bukanlah fardu. Jika kita tidak percaya padanya, kita tetap Muslim.

Namun, bukan satu dua, bahkan terdapat ratusan ayat di dalam Al-Quran yang begitu jelas dan terperinci selaras dengan dapatan sains terkini, termasuklah 'Big Bang Theory', pengembangan alam semesta, kitaran hujan dan pengasingan air dua laut yang bertembung.

Bahkan, pernah seorang pakar janin bukan Islam, Keith Moore, yang mengarang adikarya tentang perkembangan bayi dalam rahim, The Developing Human, sendiri mengakui betapa isi kandungan Al-Quran begitu tepat dengan dapatan-dapatannya sendiri.

S: Tetapi, banyak dapatan sains adalah hasil saintis bukan Islam.

Dr Cihat: Sebenarnya, terdapat zaman gemilang sains Islam, iaitu pada kurun kelapan dan kesembilan.

Saintis Islam seperti Ibnu Sina dan Al-Khindi begitu menyerlah dalam bidang-bidang termasuk perubatan, matematik, kimia dan astronomi. Mereka menuruti anjuran Al-Quran untuk menyelidik alam.

Penemuan mereka kemudian menjadi ikutan dan inspirasi bagi saintis-saintis Barat berkurun lamanya.

Sayangnya, selepas mereka, tamadun sains merosot di kalangan umat Islam. Ini bukan salahnya Islam sendiri kerana Islam sebagai agama menyokong dan menyeru penyelidikan sains.

S: Jadi apakah masalahnya? Kenapakah umat Islam kini tidak gigih menyelidik rahsia-rahsia sains dalam Al-Quran sebagaimana ulama terdahulu?

Dr Ahmet: Ini kerana yang menguasai dunia sains kini adalah golongan bukan Islam. Kita setakat mencedok ilmu sains dari Barat, yang kebanyakannya bukan Islam.

S: Jadi bagaimanakah dapat umat Islam menguasai dunia sains?

Dr Ahmet: Pertama-tama, kita tidak memilih dalam soal menimba ilmu. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad saw, kejarlah ilmu walau di China sekalipun, Jadi, jika ilmu sains itu terletak di China, kita timba juga.

Kedua, ratusan ayat Al-Quran menyeru kita sebagai umat Islam agar membuat penyelidikan. Ini tentu memerlukan sains sebagai wadah.

Misalnya, Allah menyeru kita memerhatikan langit. Untuk tujuan itu, kita perlukan teleskop.

Dr Cihat: Allah juga menyeru kita supaya melihat kejadian dalam tubuh badan kita sendiri. Ini hanya boleh kita lakukan dengan mikroskop khas dan pengajian seperti mikrobiologi.

Dr Ahmet: Bayangkan jika umat Islam yang menguasai perkembangan sains, pasti wajah sains jauh berbeza hari ini.

Misalnya, pernah satu tengkorak dipamerkan di muzium Britain kerana kononnya ia menjadi bukti kaitan evolusi antara kera dengan manusia.

Selama lebih 40 tahun, sebanyak 500 buku, rencana dan tesis ditulis tentangnya. Sayangnya, tengkorak itu pada akhirnya didedahkan sebagai palsu, satu penipuan. Kerananya, dunia sains kerugian bertahun-tahun dan berbilion dolar penyelidikan.

Sebaliknya, jika umat Islam yang berada di teraju, pasti usaha sedemikian tidak akan diteruskan atas dasar kepercayaan bahawa manusia dan makhluk lain diciptakan bukan menerusi proses evolusi.

Misalnya, Nabi Musa as dihantar Allah kepada Firaun yang mengaku dirinya tuhan. Tongkat yang dilemparkan Nabi Musa terus bertukar menjadi ular yang menelan segala ular palsu jelmaan tukang sihir Firaun.

Nabi Isa pula dengan izin Allah menghidupkan segumpal tanah menjadi burung dengan serta-merta.

Sebaliknya, Al-Quran juga menyebut Allah menciptakan malaikat, jin dan bidadari syurga - semuanya bukan melalui evolusi.

Kesemua itu antara dalil dalam Al-Quran yang tidak menyokong teori evolusi. Bahkan, secara saintifik, hingga sekarang pun, daripada jutaan fosil yang ditemui, tidak satu pun dapat membuktikan evolusi.

S: Adakah Yayasan Harun Yahya mempunyai saintis yang membuat penyelidikan berdasarkan ayat-ayat Al-Quran?

Dr Ahmet: Ya, Harun Yahya bekerjasama dengan cendekiawan di seluruh dunia dalam usaha tersebut.

S: Tampak sains perihal kejadian begitu penting, tetapi saya tidak nampak ia diajar di institusi pengajian tinggi.

Dr Cihat: Tidak juga. Buku-buku Harun Yahya terdapat dalam kurikulum di negara seperti Qatar dan Indonesia. Pun bahan karangan Harun Yahya mudah didapati dari laman webnya di Internet (www.harunyahya.com ).

Kami berdua di sini hanya beberapa hari, menyampaikan enam hingga lapan syarahan sahaja. Masyarakat di sini memerlukan lebih daripada itu. Andalah yang harus meneruskan usaha dakwah kami itu.

Komentar dan pandangan sekitar rusuhan di Mesir .

Sebuah artikel yang menarik yang saya petik dari Berita Harian Singapura bertarikh 7 Mac 2011 .
P.S : Aashtak ila Misr wa Ahlaha ..


Peranan Al-Azhar dalam gejolak Mesir
Oleh
Afif Pasuni dan Faeza Abdurazak

PROTES di Mesir dan kejayaan rakyatnya menjatuhkan rejim Presiden Hosni Mubarak yang 31 tahun memerintah turut menyoroti peranan Universiti Al-Azhar di Kahirah, antara institusi pendidikan terkenal di Dunia Islam.

Sedang Al-Azhar menyesuaikan kedudukannya selepas era Mubarak, apakah tindakannya mengilhamkan pelbagai institusi agama agar bertindak serupa di rantau Arab?

Al-Azhar dianggap universiti tertua di dunia (diasaskan pada 969 M) dan juga pihak berwenang bagi kaum Sunni, iaitu majoriti Muslim sedunia. Antara misinya ialah pengajian Islam dengan Dewan Fatwanya bertanggungjawab dalam mengeluarkan fatwa bagi soalan-soalan yang diajukan dari seluruh dunia. Secara amnya, pendapat dan fatwa.

Sejak penubuhannya, Al-Azhar memiliki kebebasan kewangan dan dibiayai dana geran agama (awqaf). Namun, kewibawaannya tergugat sejak dimiliknegarakan pemerintahsekular Presiden kedua Mesir, Gamel Abdel-Nasser, pada 1961.

Fasal 103 Perlembagaan Mesir yang berkaitan dengan pemilihan Sheikh Al-Azhar - jawatan tertinggi dalam institusi tersebut - diubah dengan pelantikan oleh Presiden Mesir. Geran agamanya diperuntukkan sebahagiannya oleh pemerintah dan juga Kementerian Awqaf, yang dibentuk pada 1952.

Kursi Syeikh Al-Azhar perlu mendapat sokongan pemerintah Mesir. Ertinya, penyandang jawatan itu harus mengimbangi tanggungjawabnya sebagai pegawai pemerintah dan alim bebas. Hal ini menyebabkan kalangan pengkritik menyifakan Al- Azhar sebagai 'tidak begitu bebas'.

Ketika gejolak berlaku, Syeikh Al-Azhar, Ahmed Al-Tayyib, amat berhati-hati dalam menyatakan pendiriannya. Sehari selepas Mubarak memberikan pidato di televisyen bahawa beliau tidak akan melanjutkan jawatannya apabila tamat penggalnya, Al-Tayyib mendesak rakyat Mesir supaya mengelakkan keganasan dan pertumpahan darah.

Al-Tayyib turut mendesak dialog antara wakil pembantah dengan pihak pemerintah.

Pendiriannya sejajar dengan kedudukan Sunni klasik - bahawa ketaatan pada pemerintah, walaupun zalim, diutama daripada membiarkan huru-hara berlaku.

Namun pandangannya bertentangan dengan pandangan kalangan ulama Mesir.

Sebagai contoh, jurucakap rasmi Al-Azhar, Mohammed El-Tahtawy Refah, memberi respons terhadap gejolak tadi dengan meletak jawatan dan ikut serta membantah di Medan Tahrir. Laporan-laporan menyatakan beliau menyeru agar siasatan segera dilaksana mengenai korban jiwa dan kecederaan ratusan pembantah.

Barisan Ulama Al-Azhar, sebuah kumpulan yang ditubuh pada 1940- an dan menentang pendapat dan fatwa pimpinan Al-Azhar yang dianggap bersifat propemerintah, menerbitkan kenyataan keras terhadap Encik Mubarak dan menyeru pengundurannya.

Sebelum prletakan jawatan Encik Mubarak, bekas pelajar Al-Azhar, Muhammad Jebril, yang juga seorang alim terkenal, memimpin solat Jumaat di Medan Tahrir. Lebih dari itu, siswazah Al-Azhar dan tokoh agama ternama, Dr Yusuf Al-Qaradawi, yang lama bersuaka di Doha, Qatar, kembali ke Mesir untuk memimpin solat Jumaat di Medan Tahrir seminggu selepas peredaran Encik Mubarak.

Beliau pengkritik terhadap Al- Azhar - baik dari segi struktur pendidikan mahupun pergantungan institusi tersebut pada kewangan daripada pemerintah. Namun beliau juga seseorang yang identiti Azharinya cukup menonjol. Beliau lantang dalam sokongannya pada pemberontakan di Tunisia, Mesir dan baru-baru ini, Libya.

Penentangan kuat para Azhari terhadap kepimpinan Al-Azhar, khususnya peletakan jawatan El-Tahtawy, menunjukkan perbezaan pendapat dan bantahan di kampus terhadap pendirian institusi itu yang dianggap lemah.

Hal ini juga memaparkan beberapa pergeseran antara pihak pimpinan dan mereka yang berada di peringkat bawah hirarki. Kalangan individu terkemuka Al-Azhar yang tidak setuju terhadap tunjuk perasaan di Mesir termasuk Saeed Amer, Ketua Dewan Fatwa Al-Azhar.

Namun pendapat tersebut dinafikan dengan imej media yang menunjukkan para sarjana Al-Azhar menunjuk perasaan di Medan Tahrir dengan pakaian tradisional jubah kelabu dan serban putih-merah mereka.

Setelah kejatuhan Encik Mubarak, ada para sarjana Al-Azhar berkumpul di hadapan Kementerian Awqaf menuntut agar jawatan Syeikh Al-Azhar ditentukan berdasar pemilihan (election) dan bukan pelantikan presiden sebagaimana yang berlaku sebelumnya.

Dalam satu sidang akhbar, Syeikh Al-Tayyib menyokong permintaan itu dan menyatakan kesediannya dengan pemilihan jawatan Syeikh. Beliau juga membela kedudukan Al-Azhar sebagai tulen dan tidak dicemari politik, dan menyatakan bahawa institusi tersebut ditempatkan 'di atas pemerintah dan revolusi'.

Dengan kejayaan rakyat Mesir menumbangkan rejim Encik Mubarak, kini terbentang masa baik dan menarik untuk melihat corak perubahan dalam institusi Islam yang dihormati itu mempengaruhi rantau Timur Tengah yang pesat berubah.

Tanda-tanda awal menunjukkan ke arah perubahan; Al-Tayyib sendiri menyatakan bahawa waktu-waktu terdekat ini akan menyaksikan 'pidato agama lebih bebas'.

Al-Azhar seharusnya mencorakkan kembali masa depannya bak dilalui rakyat Mesir, dan kembali teguh dalam memori kolektif umat Islam dengan menyemarak kesarjanaan unggul untuk diperluas dan dikembangkan.

Penentangan terbuka ulama pada umumnya jarang berlaku di Dunia Arab. Bagaimanapun, tsunami kebangkitan telah memberi semangat baru kepada orang ramai, termasuk ulama.

Trend serupa berlaku di bahagian lain rantau itu. Di Libya, misalnya, para pemimpin agamanya di bawah Rangkaian Ulama Bebas Libya telah mengeluarkan fatwa agar orang Islam menolak kepimpinan di Libya dan menuntut pembebasan semua penunjuk perasaan yang dipenjara.

Andai pemberontakan rakyat berjaya, lembaga seperti institusi agama akan terlepas daripada cengkaman dan pengaruh pihak penguasa. Dengan demikian, perubahan kedudukan Al-Azhar mungkin mendorong perubahan serupa di negara Arab lain.

Nota: Afif Pasuni zamil madya penyelidikan di Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS), Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dan lulusan Universiti Al-Az har. Faeza Abdurazak lulusan RSIS dan pembantu penyelidikan di Institut Timur Tengah (MEI), Universiti Nasional Singapura (NUS).

Tuesday, March 1, 2011

Saya Cinta..oopss saya lebih cintakan Islam saya !

Can i fell in love..can i imagine a prince will come and fetch me in a carriage..Cinderella..isn't it wonderful if it can happen..thats only happen in fairy tale..now i am grown up 25 years old lady..all this just a reminscince of my childhood memories.

No..I don't wish for a prince charming nor a handsome galliant to lie down on his knees and ask for my hand in marriage.

Cinta selepas berkahwin itu nan indah kerana sesuatu yang ingin kita semai dan baja haruslah menggunakan benih serta akar yang kuat dan menjaga syariat itu adalah salah satu cara untuk menyemai tanaman itu agar ianya tetap utuh dan tabah menghadapi badai kehidupan.

Islam itu sungguh indah.Dari mula kita dilahirkan sehinga saat kita dimasukkan ke liang lahad ada sahaja etika serta adab yang mana jika kita jaga serta patuhi akan terjaga dan terpelihara kehidupan di alam fana ini..

Allah~
sungguh mulia dan terlalu sempurna islam ini..

p.s : Saya ada baca buku yang best ..hehe..buku adik saya nanti saya share k ;) InsyaAllah !!!

Swimming Down My Way ;)

Slimming down then natural way

Look what I compiled over the years.

My rules when coming to slimming..(but well in Singapore I didn’t follow the rules thus resulting in my not-so-confirmed gout diagnosis.

1)Drink lots of water ( I mean plain water , my coffee and milk tea do not count right ? ;) )

2)Consume high intake of fruits and fibre

3)Do cardio exercise such as :

Seats-up

Pumping

4)Focus when eating , do not multitask while eating

5)Avoiding carbohydrates after 7pm

6)Eating supplement the natural way

7)Taking honey with warm water in the morning

8)Eating in the way of sunnah :

Stopping before you are full

Consuming fruits before every meal

Ending the meal with sweets

Chewing adequately

9)Eat anything moderately..

Yeay !!! =) moderation is the key to everything ! ;)

Hamdan Lillah =)

Pejam celip dah sebulan saya di Singapura.Hari ini 2 Mac,dengar-dengar pelajar Malaysia akan pulang pertengahan bulan ini.Di Singapura belum ada berita tentang tarikh kepulangan kami tetapi mungkin tidak lama lagi InsyaAllah.

Beberapa hari ini am not just myself , hmm tak pe Allah SWT kan ada..=(..

And i have some great news , semalam saya collect my blood test alhamdulillah i am tested negative for Rheumatoid arthritis..the doctor suspected gout but then there was no sign of gout in the test.

Hamdan lillAllah =)

Foods to avoid for gout sufferer :
Fatty red meats and organ meats
legumes
poultry
fish
shellfish
Kidneys, liver, heart, ( organ dalaman tue..)
meat


Foods recommended for gout sufferer :

lo

w fat dairy produce

essential fatty acid foods

high vitamin C foods

complex carbohydrates

green leaf vegetables

plenty of fruit

also you must drink 2 to 3 litres of water per day

Tuna, salmon, cereals, pasta, rice, potatoes, red cabbage, red bell peppers, kale, cabbage, parsley, celery, cherries, strawberries, grapes, pineapples, low-fat yoghurt, low-fat milk.

And you diet is important, because a good, well balanced gout diet can help to prevent recurring gout. Which you need to do, because regularly recurring gout can lead to permanent joint damage, and, kidney problems such as kidney stones.

and don't forget to slim down if you are overweight or obese ;)


Monday, February 28, 2011

Mengkritik Atau Memberi Komen ?


Mengkritik atau memberi komen ?

Kritikan selalunya memberi penerima sifat rendah diri tak berkeyakinan..komen pula adalah kata-kata yang boleh memberi semangat kepada penerimanya..

Betul atau tidak ???

Kesimpulannya berilah kritikan yang membina dan komen yang membina , bukan kritikan atau komentar yang mampu menjatuhkan orang tersebut atau mengaibkan mereka.

Berilah kritikan atau komentar tanpa menghina keperibadian seseorang .

Apabila menegur tegurlah dengan ikhlas dan jujur , insyaAllah si penerimanya akan memahami..bukankah dua hati itu bertemu ??? ;)

Rasulullah SAW ketika diperintah oleh Allah SWT akan pengharaman arak pun menegur secara bertahap-tahap, kerana minuman arak sudah sebati dan lumrah di kalangan masyrakat Jahiliah Arab ketika itu . Berhikmahnya Rasul SAW dalam menjalankan dakwahnya , walhal arak itu pembuka jalan bagi segala jalan maksiat .Maka lebih-lebih lagi kita apabila menegur sesama kita , muslim yang jauh dari minuman haram ini , seharusnya dan terlebih lagi berlembutlah.

Tapi jangan pula kita menggunakan bahasa yang lemah lembut tetapi mempunyai kata-kata sindiran.

Bagi yang dikritik pula jangan cepat melatah dan berusahalah mengawal emosi .Mungkin kita dilahirkan dengan sifat egoistik yang sedia ada maka kawalkan ketegangan perasaan kita ini dengan tawadu dan keimanan. Gunalah pertimbangan iman dan akal bukannya hati. Andai kita bersalah , bersegaralah mengakui kesilapan dan ucaplah perkataan maaf.


Tidak rugikan meminta maaf ? ;)

Siapa kata orang yang minta maaf dulu lemah ..bukankah itu menunjukkan kekuatannya melawan nafsu dan egonya ? =)

Thursday, February 24, 2011

Home Sweet Home

Alhamdulillah hampir sebulan di Singapura bermakna hampir sebulan saya sakit sendi..i got to lose my weight..dah mok2..tue zainah selalu cakap dan harus kawal my food intake..yelah dua tahun tak balik banyak makanan yang nak dirasa , tak keluar rumah pun ada banyak makanan alhamdulillah..balik dari airport je ada mee siam ibu masak..mak long kasi mee goreng and nugget ayam..mami kasi roti kirai bungkus..alhamdulillah.

Rindu sebenarnya nak menulis..dah lama tak tulis..kat rumah sepanjang sakit saya banyak membaca , banyak buku..

Alhamdulillah setelah jaga pemakanan kini saya sihat tiada lagi sakit sendi cuma sikit2 je.saya cuma berharap dan husnu dzon my blood test goes well..Amin =)

Walaupun saya kini menikmati percutian yang mendadak di Singapura , saya tak menafikan saya menunggu kepulangan saya ke Mesir..semoga pergolakkan di mesir ini tidak menggangu tempoh pembelajaran kami..

Jeng..jeng..dah dua tahun tak balik Singapura , banyak perubahan yang saya lihat..hehe..alhamdulillah setakat ini tiada soalan serius tentang jodoh ditujukan..dan ini bermaksud saya masih boleh sambung blaja.