Wednesday, November 24, 2010

The Future

Sometimes i wonder , what is in the future for me ?
I am afraid
i want to hide..
but then i stop
i hear the voice
thats Allah SWT for me
when everything and everyone were 'nt there for me
He is
so i throw away my doubts
i place my life and my future in Him
because He would never forsake me..Never..

The future is never just about me ,
Is about me and Him.
Allahu Akbar.

Allah Swt sebaik pendamping

Tika ini hanya satu yang saya pohon..
Ya Allah , dampingilah hambamu di setiap detik dan saat..

Kesilapan

Sebenarnya sejak dari membaca Singapura saya suka tentang tasauf..Rabiatul Adawiyah , Hasan Al-Basri , Szunnun Al-Misri dan banyak lagi.Alhamdulillah sejak di Mesir , peluang untuk saya mendalami bab tasauf tidak pernah sukar.

Memang tidak dinafikan hati yang dirundung perasaan sedih akan lebih memahami tasauf , saya juga salah seorangnya.Allah SWT bersama hambanya tika sedih dan senang , namun kita hanya mengingatiNya dalam keadaan sudah ,

Saya bersyukur kepada Allah SWT , Dia sering mengingatkan saya , bahawa apa yang saya ada hanya tidak lebih sebiji zarrah jika hendak dibandingkan dengan kekuasaannya.

SILAP saya , merasa content dengan makhluk..saya silap..saya tidak boleh berharap kepada sesiapa..

Saya harus dan wajib berharap , hanya kepada Dia..

Tuesday, November 16, 2010

Peliharalah kami.

Saya teringat ketika pengajian Syeikh Nur pada bulan Ramadan yang lalu , perkara yang menarik perhatian saya ..tentang penyakit yang dialami para ulama masa kini..kemudian dukturah tafsir di kuliah ketika muhadarah yang pertama juga menyentuh perkara yang sama..

Dengki atau hasad yang sesama dai’.

Kalau ianya sebuah persaingan yang sihat kita tidak boleh menafikan , attanafus fi sabililAllah..tetapi apabila kita sedari bahawa maksud kita adalah selainnya ..kita telah jauh tersasar.

والذين جاءوا من بعدهم يقولون ربنا اغفر لنا ولإخواننا الذين سبقونا بالإيمانd

ولا تجعل في قلوبنا غلا للذين آمنوا ربنا إنك رؤوف رحيم

Ya Allah jauhkanlah kami dari penyakit ini.

Panduan Amalan Pada EidulAdha

Panduan Amalan Pada EidulAdha

EidulAdha ialah hari kesepuluh dari bulan Zulhijjah. Ia melambangkan pengorbanan manusia di dalam mengejar keredhaan Tuhan yang Maha Mencipta, seperti pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. bersama anaknya Nabi Isma’il a.s. Ia juga adalah musim ibadat bagi tetamu-tetamu Allah di tanah suci. Pada tahun ini, EidulAdha di Singapura jatuh pada hari Ahad, 31 haribulan Disember, berdasarkan rukyah (penglihatan anak bulan) dan hisab (perkiraan). Musim EidulAdha adalah peluang seseorang Muslim mendekatkan diri dengan Allah s.w.t. dengan melahirkan keinsafan dan keihsanan.

Islam mensyariatkan beberapa amalan murni pada musim ini. Di antaranya adalah:

i. Bertakbir, bertahmid dan bertahlil kepada Allah, serta berselawat ke atas Baginda Rasulullah S.A.W. bermula dari subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) sehingga waktu Asar hari tasyriq yang terakhir (13 Zulhijjah). Ini berdasarkan Hadith Jabir r.a. yang bermaksud bahawa “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. bertakbir pada solat Fajar hari Arafah, sehingga waktu Asar daripada hari tasyriq yang terakhir, selepas Baginda memberi salam dari solat fardhu.” (riwayat Ad-Daruqutni)

ii. Melaksanakan ibadat korban pada EidulAdha sehinggalah penghujung hari tasyriq. Ibadat ini mengingatkan masyarakat Islam untuk sentiasa bersifat ikhlas dan bertaqwa kepada Allah s.w.t. Ibadat ini juga dapat merapatkan hubungan dan menyebarkan kasih sayang di antara manusia, dengan perkongsian daging bersama mereka yang memerlukan, keluarga, sahabat dan jiran tetangga.

iii. Puasa sunat pada hari Arafah. Sabda Baginda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : "Puasa pada hari Arafah itu menghapuskan dosa tahun yang lalu dan tahun yang akan datang." (Hadis riwayat Muslim). Hari Arafah adalah bertepatan dengan 9 Zulhijjah. Tidak ada dalil syarak yang menetapkan bahawa puasa Arafah mesti dilakukan serentak dengan masa wukuf jemaah haji di Arafah. Sebaliknya, ia disunatkan pada tanggal 9 Zulhijjah. Bahkan, dengan bentuk dunia yang bulat dan perbezaan waktu, puasa yang dilakukan di benua dan rantau selain dari tanah suci, tidak akan dapat dijalankan serentak dengan wuquf, walau dilaksanakan pada hari wuquf itu sendiri.

Sumber :

http://www.muis.gov.sg/cms/news/news.aspx?id=3136

Sunday, November 14, 2010

Masa yang begitu cepat.

BismiAllah..
Pejam celik tahun ini saya sudah berada dalam tahun ketiga pengajian ana di Al-Azhar.Pengkhususan dalam tafsir akhirnya saya pilh setelah sekian lama beristikharah,memang aaya memilih usuluddin kerana inginkan tafsir tetapi saya beristikharah sekali lagi agar keputusan yang ana buat benar-benar beroleh redha Allah SWT serta bukan tindakan yang teburu-buru.Saya sedar saya perlu menjadi matang , matang yang bukan dihukum oleh masyarakat tetapi kematangan yang berpandukan AlQuran dan sunnah Rasul.
Saya sering beritahu diri ana jangan dihiraukan kepenatan yang saya alami , sayaa hanya berbaki satu setengah tahun di sini , sebelum saya pulang ke tanah air berjuang di sana.
Doakan saya .