Wednesday, January 16, 2013

Perbezaan Mengajar Pelajar Dewasa Dan Kanak-kanak .



Saya tercari-cari tentang perbezaan antara mengajar pelajar dewasa dan kanak ..
Alhamdulillah sudah ketemu :)

Link dibawah ini
http://deriakacamata.blogspot.sg/2009/01/andragogi-vs-pedagogi.html

Tips Mendidik

Ya Allah permudahkan jalan hamba ini ~ Amin

I have summarised base on the Net things to do to be a great teacher :

Before class :
Write your learning objectives and outlines
Ask a student to summarised what was being taught at the last class

During class:
Divide eye contact
15 minutes and changes your teaching styles
Encourage note taking

Lesson ends :
Q & A
Reading preparation for next class

InsyaAllah :
Tajdid niat
Ikhlas niat

Perjalanan Yang Baru Bermula..


BismiAllah sudah hampir sebulan saya di Singapura , banyak perubahan yang saya lihat pada tempat kelahiran saya , ibubapa ,Nyai dan keluarga secara khasnya .



Beberapa minggu yang lalu saya agak keliru , agak teragak-agak dengan keputusan yang bakal saya lakukan dalam aspek pekerjaan serta pengajian mungkin kerana saya berpegang kepada sesuatu yang belum pasti , sesuatu yang samar-samar tetapi kini apa yang saya lihat hikmah yang tersirat dalam kekecewaan serta kesedihan yang dihadiahkan Allah SWT , Dia yang berkuasa tetapi saya sebagai hambaNya yang memilih untuk menjadi sedih , terkesan atau memandang baik atau dalam erti kata yang lain husnu dzon atau positif dalam aturan yang ditetapkan yang Maha Esa .Kini saya rasai hikmah yang ditetapkan Ilahi , sudah cekal hati ini , sudah cukup kuat hati ini membuat keputusan semoga diredhai Allah SWT. Semoga dipermudahkan Allah SWT perjalanan saya di dunia ini untuk menuju ke kampung Akhiratnya ..Amin..Allahumma yassir wa la tu assir ..

Hidup ini penuh dengan suka duka , pahit manis kehidupan dan kini saya dapat lihat dengan dekat betapa rapuhnya sebuah kehidupan ..Ajal maut di tanganNya . Tiada masa menangisi nasib , merawat hati serta menyimpan lara,merajuk hati..sesungguhnya hanya redha Allah yang patut kita usahakan,

Pilihan saya untuk terus menerus menahan duka ini atau mengembirakan diri ini ..Hanya Dia yang mampu menguatkan diri ini .



Dan saya ingin jadi secerah mentari , seriang kicauan burung yang tersenyum riang hingga ke akhirnya .
Memberi kegembiraan kepada insan lain walaupun hati ini meraung kesedihan .
Memberi cahaya yang telah saya dapati di AlAzhar untuk menyuluhi insan lain .

Takdir Ilahi yang terbaik dan tiada apa yang perlu ku kesalkan ~

Tuesday, March 13, 2012

Syria Dan Saya ~


Bismillah.
Dah lama rasanya saya tidak menulis , semangat menulis ini tiba-tiba datang lantas saya terpanggil setelah membaca keadaan saudara seislam kita diseksa serta dibunuh di Syria . Alhamdulillah Allah SWT mempermudahkan saya dan teman-teman di sini Mesir masih mampu lagi menghirup udaraNya dan berkejar-kejar mencari ilmu sedangkan mereka yang mungkin sebaya dengan kita sedang berdiri tegar mempertahankan diri dan negara .. Allah SWT nikmatMU Maha luas ~

Di kuliah tadi setelah muhadarah ' Tabshir wa Istishrak' saya berjumpa dengan dengan seorang teman Mesir saya . Saya kenal pasti wajahnya semenjak saya di tahun satu lagi , beliau aktif daam aktiviti di kuliah .Wajahnya sering saya lihat di majlis kutipan Palestin dan baru-baru ini Syria. Memang benar beliau masih lagi aktif dan Alhamdulillah InsyaAllah persoalan yang bermain di benak fikiran saya akan terjawab .

Apa yang boleh kita lakukan buat Syria ? Apa ? dan Apa ?
1.Sertakan mereka dalam setiap solat dan doa kita.
2. Sokong kutipan derma yang akan disalurkan buat mereka .
3.Tingkat kesedaran akan keadaan mereka .

Apa lagi ye ? ..

Pada pergolakkan mesir 25 Januari yang lalu , para pelajar perempuan menjalankan tunjuk perasaan kecil kemudian saya ingat Duktur mengatakan suara ini tidak akan sampai kepada yang bertanggungjawab .Beliau manjawab hanya dengan ilmu kita mampu membuat perubahan .

Kini saya di tahun akhir , masih berbaki lebih kurang 3 bulan untuk saya mengubah diri menjadikan ianya bermanfaat buat saya dan yang lain .Doakan saya semua.

Hentikan mimpi yang tak pernah pasti ~
Hentikan persoalan yang tiada habisnya ~
Hentikan segalanya ~



Thursday, December 22, 2011

Ya Allah ~

اللهم اقسم لنا من خشيتك ماتحول به بيننا وبين معاصيك
اللهم إنا نسألك التقى والهدى والعفاف والغنى.. أمين

Ya Allah atas setiap lintasan yang terlintas di hatiku..ampuni daku ~
Ya Allah ku titipkan hati ini kepadaMu..awasi ia dari terjatuh..
Ya Allah atas setiap perkara yang daku lakukan dan aku jauhi , jadikanlah ia kerana takutkan kemurkaanMu bukan kerana yang lainnya ~
walaupun suatu masa kelak yang halal akan aku dapatkan , jadikanlah cintaMu cinta terulung buat diriku..
atas setiap keraguan pada takdirMu..ampunilah daku Ya Rabb ~