Tuesday, March 13, 2012

Syria Dan Saya ~


Bismillah.
Dah lama rasanya saya tidak menulis , semangat menulis ini tiba-tiba datang lantas saya terpanggil setelah membaca keadaan saudara seislam kita diseksa serta dibunuh di Syria . Alhamdulillah Allah SWT mempermudahkan saya dan teman-teman di sini Mesir masih mampu lagi menghirup udaraNya dan berkejar-kejar mencari ilmu sedangkan mereka yang mungkin sebaya dengan kita sedang berdiri tegar mempertahankan diri dan negara .. Allah SWT nikmatMU Maha luas ~

Di kuliah tadi setelah muhadarah ' Tabshir wa Istishrak' saya berjumpa dengan dengan seorang teman Mesir saya . Saya kenal pasti wajahnya semenjak saya di tahun satu lagi , beliau aktif daam aktiviti di kuliah .Wajahnya sering saya lihat di majlis kutipan Palestin dan baru-baru ini Syria. Memang benar beliau masih lagi aktif dan Alhamdulillah InsyaAllah persoalan yang bermain di benak fikiran saya akan terjawab .

Apa yang boleh kita lakukan buat Syria ? Apa ? dan Apa ?
1.Sertakan mereka dalam setiap solat dan doa kita.
2. Sokong kutipan derma yang akan disalurkan buat mereka .
3.Tingkat kesedaran akan keadaan mereka .

Apa lagi ye ? ..

Pada pergolakkan mesir 25 Januari yang lalu , para pelajar perempuan menjalankan tunjuk perasaan kecil kemudian saya ingat Duktur mengatakan suara ini tidak akan sampai kepada yang bertanggungjawab .Beliau manjawab hanya dengan ilmu kita mampu membuat perubahan .

Kini saya di tahun akhir , masih berbaki lebih kurang 3 bulan untuk saya mengubah diri menjadikan ianya bermanfaat buat saya dan yang lain .Doakan saya semua.

Hentikan mimpi yang tak pernah pasti ~
Hentikan persoalan yang tiada habisnya ~
Hentikan segalanya ~



No comments:

Post a Comment