Sunday, December 19, 2010

Satu Cinta

Satu Cinta
Star Five

Ku memohon dalam sujudku padaMu
Ampunkanlah segala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku
Keimananku

Ku memohon dalam sujudku padaMu
Ampunkanlah segala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku
Keimananku

Engkau satu cinta
Yang selamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepadaMu
Walau seribu rintangan
Kan menghadang dalam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya padaMu
Ku pasrahkan

Oh Tuhan
selamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan
jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia

Allah..Allah ~

Erti Tawakal

"Lepas BA ni mcm nak stay.."
"tapikan risau pula kat ayah and ibu di SG.."
" Nak kawen bila pula.."

Kini

kini saya di tahun tiga , begitu sekejap masa berlalu..kehadiran adik-adik sedikit sebanyak mengubati kerinduan buat keluarga tercinta.

Dulu

Semasa di tahun satu , saya rasa masa begitu lambat berjalan .

Namun kini di tahun tiga..masa begitu pantas berjalan..dan saya tidak harus membuang masa.Lupakan segala kepenatan dan kemalasan, Saya harus menggunakan waktu yang berbaki di sini dengan sebaiknya..anggaplah tiada hari esok..

“Carilah duniamu seolah-olah engkau akan hidup selama-lamanya dan carilah akhiratmu seolah-olah engkau akan mati besok pagi” (Hadis Riwayat Ibnu Asahin)

Saya risau , apa yang akan jadi selepas empat tahun ini..namun kadangkala Allah SWT selalu menegur saya..menyedarkan saya adanya si DIA yang senantiasa menemani saya di setiap detik dalam kehidupan saya..saya tawakal..
Si Dia yang lebih agung dari segalanya..lebih agung cintanya yang patut saya berikan ~
Allah..Allah ~

Sanah helwa Adeq !!!

Alhamdulillah..
Adeq..sanah helwa..kullu sanah wa anti aqrab wa ahb ilaAllah..
Semoga adeq diberi Allah kekuatan dan kesabaran melalui perjuangan ini..
Ingat adeq , if you have nobody to turn too..remember he is actually with you at all times..
semoga doa Adeq diperkenankan Allah SWT sesuai di sisiNya..

Alhamdulillah semalam dapat berbual dan bersua..bagi along semalam bukan hanya barakah kerana kita menziarahi para auliya..yes , rindu berbual heart to heart dengan adeq..tetapi menjalinkan silaturrahim di antara kita , adeq and me..achik and dada..
Rindu MasyaAllah..
along
angah
achik
alang
dada
adeq
featuring ida ~

Semoga ukhwah kira berpanjangan..
Nanti kita berbual heart to heart ye adeq..till now semoga Allah satukan hati dan simpankan kerinduan ini~

Thursday, December 16, 2010

Imtihan Qorib..

Alhamdulillah termasuk hari ini imtihan tinggal beberapa hari sahaja.na'am qorib jiddan.dan saya masih di hadapan laptop menulis entri ini.Semenjak berpindah ke Sabi' kehidupan saya agak berubah , kini saya ibu dan juga kakak buat adik-adik saya.

Lihat adik-adik mengulangkaji , terkenangkan ahli bait lama di MasyaAllah , rindu..berbagai-bagai ragam menjelang peperiksaan..ada yang berjaga malam . ada yang jadi burung hantu di waktu pagi..semuanya dengan cara murajaah yang tersendiri .
Manakala saya dan ahli ghurfah jarang berjaga malam kerana kami mengulangkaji di waktu pagi.Masing-masing dengan Bonjourna capuccino dan kopi instant,serta ditemani cemilan untuk mengelak ngantuk.

Alhamdulillah adik-adik di sini pun begitu , masih-masih dengan gaya belajar tersendiri , doakan kami Qurratu A'yun agar berjaya fi daraini..Amin.

Biarlah ku jaga hati ini

Baru-baru ini hati saya terusik
saya ingin keadaan hati saya sebulan yang lalu
damai
tidak terusik
tidak tersentuh
saya ingin terusik
tersentuh oleh yang selayaknya
Ya Allah damaikanlah hati hamba
kerana terjaga hati ini
terjaga imanku ini
lantas akan ku suburkan kasihku buatMu

Saya Ingin Jadi Makmum

Saya nak jadi makmum
ini pilihan saya
mungkin ada yang suka ke hadapan
tetapi saya tidak
mungkin kerana saya malu
tetapi ada beberapa sebab mungkin
ingin menjaga hati ?
namun saya sendiri tak pasti
biarlah saya hanya menjadi watak dalam takdir yang digariskan ilahi

Wednesday, December 1, 2010

Dikau yang daku sembah..

Hamba ini berhajat padaMu Ya Allah
Tetapkanlah hati hamba ini
Jauh dari berharap dan mengharap dari selain Dikau
kerana pada Kaulah segala pengharapan.

Hati ini gundah

Sesungguhnya hati ini gundah
resah
tetapi apalah hidup tanpa diduga
kerana ujian itu sunnah berjuang
Teringat kata-kata Syeikh Rohimuddin
kita hanyalah mazhar dari kekuasaan Allah SWT
lalu daku duduk
dan serahkan segalanya pada Allah SWT.

Wednesday, November 24, 2010

The Future

Sometimes i wonder , what is in the future for me ?
I am afraid
i want to hide..
but then i stop
i hear the voice
thats Allah SWT for me
when everything and everyone were 'nt there for me
He is
so i throw away my doubts
i place my life and my future in Him
because He would never forsake me..Never..

The future is never just about me ,
Is about me and Him.
Allahu Akbar.

Allah Swt sebaik pendamping

Tika ini hanya satu yang saya pohon..
Ya Allah , dampingilah hambamu di setiap detik dan saat..

Kesilapan

Sebenarnya sejak dari membaca Singapura saya suka tentang tasauf..Rabiatul Adawiyah , Hasan Al-Basri , Szunnun Al-Misri dan banyak lagi.Alhamdulillah sejak di Mesir , peluang untuk saya mendalami bab tasauf tidak pernah sukar.

Memang tidak dinafikan hati yang dirundung perasaan sedih akan lebih memahami tasauf , saya juga salah seorangnya.Allah SWT bersama hambanya tika sedih dan senang , namun kita hanya mengingatiNya dalam keadaan sudah ,

Saya bersyukur kepada Allah SWT , Dia sering mengingatkan saya , bahawa apa yang saya ada hanya tidak lebih sebiji zarrah jika hendak dibandingkan dengan kekuasaannya.

SILAP saya , merasa content dengan makhluk..saya silap..saya tidak boleh berharap kepada sesiapa..

Saya harus dan wajib berharap , hanya kepada Dia..

Tuesday, November 16, 2010

Peliharalah kami.

Saya teringat ketika pengajian Syeikh Nur pada bulan Ramadan yang lalu , perkara yang menarik perhatian saya ..tentang penyakit yang dialami para ulama masa kini..kemudian dukturah tafsir di kuliah ketika muhadarah yang pertama juga menyentuh perkara yang sama..

Dengki atau hasad yang sesama dai’.

Kalau ianya sebuah persaingan yang sihat kita tidak boleh menafikan , attanafus fi sabililAllah..tetapi apabila kita sedari bahawa maksud kita adalah selainnya ..kita telah jauh tersasar.

والذين جاءوا من بعدهم يقولون ربنا اغفر لنا ولإخواننا الذين سبقونا بالإيمانd

ولا تجعل في قلوبنا غلا للذين آمنوا ربنا إنك رؤوف رحيم

Ya Allah jauhkanlah kami dari penyakit ini.

Panduan Amalan Pada EidulAdha

Panduan Amalan Pada EidulAdha

EidulAdha ialah hari kesepuluh dari bulan Zulhijjah. Ia melambangkan pengorbanan manusia di dalam mengejar keredhaan Tuhan yang Maha Mencipta, seperti pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. bersama anaknya Nabi Isma’il a.s. Ia juga adalah musim ibadat bagi tetamu-tetamu Allah di tanah suci. Pada tahun ini, EidulAdha di Singapura jatuh pada hari Ahad, 31 haribulan Disember, berdasarkan rukyah (penglihatan anak bulan) dan hisab (perkiraan). Musim EidulAdha adalah peluang seseorang Muslim mendekatkan diri dengan Allah s.w.t. dengan melahirkan keinsafan dan keihsanan.

Islam mensyariatkan beberapa amalan murni pada musim ini. Di antaranya adalah:

i. Bertakbir, bertahmid dan bertahlil kepada Allah, serta berselawat ke atas Baginda Rasulullah S.A.W. bermula dari subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) sehingga waktu Asar hari tasyriq yang terakhir (13 Zulhijjah). Ini berdasarkan Hadith Jabir r.a. yang bermaksud bahawa “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. bertakbir pada solat Fajar hari Arafah, sehingga waktu Asar daripada hari tasyriq yang terakhir, selepas Baginda memberi salam dari solat fardhu.” (riwayat Ad-Daruqutni)

ii. Melaksanakan ibadat korban pada EidulAdha sehinggalah penghujung hari tasyriq. Ibadat ini mengingatkan masyarakat Islam untuk sentiasa bersifat ikhlas dan bertaqwa kepada Allah s.w.t. Ibadat ini juga dapat merapatkan hubungan dan menyebarkan kasih sayang di antara manusia, dengan perkongsian daging bersama mereka yang memerlukan, keluarga, sahabat dan jiran tetangga.

iii. Puasa sunat pada hari Arafah. Sabda Baginda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : "Puasa pada hari Arafah itu menghapuskan dosa tahun yang lalu dan tahun yang akan datang." (Hadis riwayat Muslim). Hari Arafah adalah bertepatan dengan 9 Zulhijjah. Tidak ada dalil syarak yang menetapkan bahawa puasa Arafah mesti dilakukan serentak dengan masa wukuf jemaah haji di Arafah. Sebaliknya, ia disunatkan pada tanggal 9 Zulhijjah. Bahkan, dengan bentuk dunia yang bulat dan perbezaan waktu, puasa yang dilakukan di benua dan rantau selain dari tanah suci, tidak akan dapat dijalankan serentak dengan wuquf, walau dilaksanakan pada hari wuquf itu sendiri.

Sumber :

http://www.muis.gov.sg/cms/news/news.aspx?id=3136

Sunday, November 14, 2010

Masa yang begitu cepat.

BismiAllah..
Pejam celik tahun ini saya sudah berada dalam tahun ketiga pengajian ana di Al-Azhar.Pengkhususan dalam tafsir akhirnya saya pilh setelah sekian lama beristikharah,memang aaya memilih usuluddin kerana inginkan tafsir tetapi saya beristikharah sekali lagi agar keputusan yang ana buat benar-benar beroleh redha Allah SWT serta bukan tindakan yang teburu-buru.Saya sedar saya perlu menjadi matang , matang yang bukan dihukum oleh masyarakat tetapi kematangan yang berpandukan AlQuran dan sunnah Rasul.
Saya sering beritahu diri ana jangan dihiraukan kepenatan yang saya alami , sayaa hanya berbaki satu setengah tahun di sini , sebelum saya pulang ke tanah air berjuang di sana.
Doakan saya .